2025-01-03 IDOPRESS

FOTO ISTANA ARAU
CHUPING,3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengenal pasti enam fokus utama yang diberikan perhatian dalam melaksanakan agihan holistiknya.
Antara inisiatif yang digariskan termasuk Peningkatan Ekonomi Asnaf,Pendidikan,Dakwah,Perumahan Dan Penempatan,Kesihatan Dan Taraf Hidup serta Pembangunan Amilin.
Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,dalam melaksanakan enam fokus utama itu,setiap warga kerja MAIPs perlu lebih produktif,lebih bersedia,lebih segar dan terus bermotivasi dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Demikian titah baginda ketika mengetuai Program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Chuping.
Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada tiga orang asnaf yang terpilih di Kampung Paya Kelubi dan Kampung Berangan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur