2025-01-03 IDOPRESS

Gambar hiasan
JERTIH,3 Januari - Pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Bukit Jeruk di Jabi,malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut,Timbalan Penguasa Polis (DSP) Md Sani Md Saleh berkata,mangsa dipercayai cedera parah pada anggota badan manakala seorang lagi turut cedera parah.
"Kemalangan berlaku kira-kira 7.10 malam tadi menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan mendapati pelajar terbabit menunggang motosikal dari arah arah Kampung Benting Lintang ke Kampung Bukit Jeruk dipercayai tiba-tiba telah hilang kawalan.
"Ini menyebabkan mangsa bertembung dengan sebuah motosikal lain berumur 20 tahun dari arah bertentangan," katanya menerusi kenyataan lewat malam tadi.
Katanya,mayat pelajar telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
"Manakala penunggang motosikal yang cedera parah di paha dankepala turut dihantar ke hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,Kelantan untuk rawatan lanjut," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur