2025-01-03 IDOPRESS

FOTO HIASAN / BERNAMA
JOHOR BAHRU,3 Januari- Yang diPertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan memberi kebenaran untuk membuka 20 lokasi baharu bagi umat Islam mengerjakan solat fardhu Jumaat.
Ia bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai termasuk ibu bapa,para pelajar dan pekerja untuk melaksanakan kewajipan solat fardhu Jumaat di kawasan berdekatan,berikutan perubahan cuti hujung minggu yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja bagi negeri Johor.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor,Mohd Fared Mohd Khalid dalam kenyataan media memaklumkan,keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam negeri bersetuju memberi kebenaran kepada 10 surau kariah,sembilan musolla sekolah kebangsaan dan tahfiz,serta sebuah musolla kampung orang asli.
Ia melibatkan tujuh surau di Johor Bahru,dan masing-masing sebuah surau di Mersing,Batu Pahat dan Kulai.
Empat sekolah di Johor Bahru,masing-masing dua di Mersing dan Muar selain sebuah musolla Solat Jumaat di Kota Tinggi.
Sebuah musolla lagi adalah di Kampung Orang Asli Punan di Mersing.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur