2025-01-03 IDOPRESS

Foto Facebook YBSimCS
KUANTAN,3 Januari – Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi pembinaan semula blok kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih,Kuantan menerusi projek Rolling Plan 1 di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13).
Projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu bertujuan menggantikan bangunan utama kantin sekolah yang berusia lebih 60 tahun dan diklasifikasikan sebagai tidak selamat atas faktor keselamatan.
Menurut EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang,Sim Chon Siang,beliau dimaklumkan mengenai kebimbangan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap keselamatan murid dan guru selepas bangunan kantin itu disahkan usang dan berbahaya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Kantin ini telah disahkan berbahaya oleh JKR.
"Susulan itu,Kementerian Pendidikan dan kerajaan mengambil berat perkara ini. Dalam perbincangan RMKe-13,kerajaan telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk membina semula atau menaik taraf kantin ini," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke SMK Air Putih,di sini.
Dalam lawatan tersebut,beliau diberi penerangan mengenai rancangan pembinaan semula kantin dan cadangan pengoperasiankantin sementara di bangunan lain dalam kawasan sekolah.
Bagi tujuan itu,Jabatan Pendidikan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk membina kantin sementara.
Beliau berharap projek ini dapat dilaksanakan segera bagi menampung keperluan lebih 1,600 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran secara dua sesi di sekolah berkenaan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur