2025-01-03 IDOPRESS

Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman
KUALA LUMPUR,3 Januari-Usaha menjadikan RTM jenama inspirasi kepada stesen televisyen lain diteruskan tahun ini.
Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman berkata,ia akan direalisasikan menerusi penggunaan teknologi algoritma dalam penerbitan serta penilaian program bersesuaian citarasa tempatan dan global.
"Kita perlu lebih bijak kalau kita hendak memasuki pasaran antarabangsa. Kalau kita tengok lagu-lagu pun menggunakan algorithm (algoritma),apa yang diminati di pasaran global,tetapi juga memenuhi cita rasa tempatan.
"Jadi kita juga harus ke arah itu,kita perlu faham apa yang dimahukan oleh khalayak tempatan dan juga apa yang mungkin sesuai atau diminati dalam pasaran antarabangsa.
"Jadi,kita perlu faham konsep itu,sama ada dalam penerbitan drama kita,penerbitan atau pun lagu-lagu dan sebagainya. Itu salah satu cara kita untuk masuk ke pasaran yang lebih besar",katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Penyiaran di Auditorium Seri Angkasa,Angkasapuri Kota Media.
Pada majlis itu,Suhaimi turut berkongsi pelbagai kejayaan dicapai RTM sepanjang tahun 2024.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur