2025-01-03 IDOPRESS

Foto Fail
JOHOR BAHRU,3 Januari- Pengisytiharan sembilan buah sekolah di Johor melaksanakan solat fardhu Jumaat hari ini,menerima sambutan baik daripada golongan ibu bapa.
Mereka bersyukur kerana tidak perlu berulang alik menghantar anak ke masjid dan sekolah semasa hari Jumaat selain dapat menunaikan solat di dalam musolla sekolah.
"Selama ini,masjid Kota Iskandar dan masjid Gelang Patah yang paling dekat. Dekat-dekat itu pun,sebenarnya jauh juga dari sini. Alhamdulillah,dengan kebenaran pejabat agama,kita dapat lokasi yang lebih dekat," kata Mohd Nizam Nordin.
"Murid-murid dengan ibu bapa tidak perlu susah payah untuk ulang alik ambil anak 2-3 kali. Apabila sudah ada kebenaran ini,bolehlah tunai solat Jumaat," kata Ramli Paiman.
Dalam pada itu,Exco Pendidikan dan Penerangan,Aznan Tamin berkatakhatib,imam serta bilal yang merupakan guru-guru sekolah telah menerima tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
"Semua sekolah-sekolah ini telah diberikan kebenaran khas untuk mengadakan solat Jumaat,dengan syarat beroperasi juga pada waktu cuti sekolah untuk solat Jumaat.
Daripada segi sistem dan keupayaan,semua yang terlibat sudah mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Johor berkenaan imam dan tatacaranya," kata Aznan kepada pemberita sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat di SMK Medini di Iskandar Puteri,di sini.
Solat Jumaat berkenaan diimamkan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar,Hairulnizam Ramlan yang turut menyampaikan khutbah.
Terdahulu,sembilansembilan buah sekolah di Johor telah mendapat kebenaran bagi melaksanakan solat fardhu Jumaat,bermula hari ini.
Sekolah-sekolah terlibat meliputi empat sekolah di Johor Bahru,dua buah sekolah masing-masing di Muar dan Mersing serta sebuah sekolah di Kota Tinggi.
Selain pengisytiharan sembilan sekolah tersebut,turut diumumkan kebenaran bagi 10 surau dan sebuah musolla kampung orang asli bagi tujuan solat Jumaat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur