2025-01-03 IDOPRESS

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow / Foto BERNAMA
GEORGETOWN,3 Januari-Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua,yang bertujuan menyuraikan trafik di kawasan tersebut,kini dalam peringkat kajian teknikal dan reka bentuk.
Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berkata kajian teknikal itu dijangka mengambil masa setahun,sebelum pelaksanaan pembinaan selama lima tahun dimulakan.
Jelasnya,pelaksanaan secara fizikal projek penyuraian trafik Juru-Sungai Dua itu akan dijalankan selepas agensi pelaksana menyelesaikan kerja-kerja kajian dan reka bentuk berkenaan.
"Lazimnya ia bermula dengan kerja-kerja kajian dan reka bentuk pelaksana secara fizikal cuma boleh dilaksanakan setelah kajian reka bentuk disiapkandan perlu ambil masa setahun sekurang-kurangnya.
"Saya difahamkan peruntukan untuk projek itu sungai dua disediakan tahun ini termasuk bagi kerja-kerja perunding.
"Dahulu dinyatakan RM2.7 billion. Kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari pihak Kementerian Kerja Raya (KKR)",katanya demikian selepas Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis,Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) 2025 di sini.
Projek berkenaan merupakan antara beberapa inisiatif utama Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Oktober lepas selain Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang,pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur