2025-01-06 HaiPress

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow / Foto RTM
GEORGETOWN,5 Januari-Sebanyak RM54.8 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi pemberian i-Sejahtera sebagai komitmen dalam menjaga kebajikan warga emas pada tahun lepas.
Ketua Menteri,Chow Kon Yeow berkata,peruntukan itu melibatkan 284,000 warga emas yang telah berdaftar daripada 1.8 juta penduduk Pulau Pinang.
"Iaitu sehingga tahun lepas RM54.8 juta telah disampaikan kepada 284,000 yang warga emas yang ada mendaftar maksud dari populasi 1.8 juta",katanya demikian selepas Majlis Red Packet Giveaway And Cheque Presentation di sini.
Dalam majlis tersebut,sebanyak 13 pertubuhan kebajikan menerima sumbangan RM15,000 setiap satu yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM195,000
Manakala seramai 2,000 warga emas turut menerima sumbangan berbentuk angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina daripada Ketua Menteri.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur