2025-01-06 HaiPress

Nurul Aishah Abdul Raman / Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 Januari – Ibu bapa digesa untuk memainkan peranan penting dalam mengehadkan tempoh masa skrin anak-anak mereka bagi mengurangkan kebergantungan kepada peranti digital.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Nurul Aishah Abdul Raman berkata pemantauan penggunaan gajet harus dilakukan secara sistematik dan berkesan.
“Isunya bukanlah menolak penggunaan peranti tersebut sepenuhnya,tetapi pengawalan harus datang dari diri sendiri. Kawalan kendiri itu wujud apabila kita mempunyai kesedaran tentang buruknya jika terlalu taksub menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam gajet,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Nurul Aishah turut menekankan bahawa ibu bapa perlu peka terhadap cabaran tersebut,dan kesedaran tentang penggunaan gajet harus bermula dari rumah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur