2025-01-06 HaiPress

Foto FB MAQIS Negeri Kelantan
RANTAU PANJANG,5 Januari – Sebanyak 935 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 11,220 kilogram yang dilucuthakkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.
Pengarah MAQIS Negeri Kelantan,Syed Fuad Syed Putra berkata keratan ayam sejuk beku yang bernilai RM6,620 itu akan digunakan sebagai makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan di beberapa penjara terlibat,antaranya Penjara Machang,Penjara Pengkalan Chepa,Penjara Marang dan Penjara Penor.
"Sumbangan tersebut merupakan hasil sitaan import hasilan haiwan yang tidak mematuhi perundangan mengikut Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya menerusi kenyataan.
Syed Fuad berkata,pihak MAQIS berharap sumbangan tersebut dapat menampung kos bekalan bahan mentah bagi makanan ternakan ikan keli.
Katanya,MAQIS Negeri Kelantan menyokong penuh inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dalam menjayakan Program Rehabilitasi Banduan.
Tindakan juga merupakan salah satu kaedah pelupusan hasilan haiwan yang disita dan dilucuthakkan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur