2025-01-06 HaiPress

Exco Kanan Perumahan,Kerajaan Tempatan,Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (dua,kanan) dan ADUN Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah (kanan) melepaskan itik ke dalam kolam pada simbolik perasmian Program Wakil Rakyat Untuk DUN Kuala Linggi di Universiti Islam Melaka/ BERNAMA
MASJID TANAH,5 Januari- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan tiga projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) di Melaka tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Exco Kanan Perumahan,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata projek itu dilaksanakan di DSK Sungai Malim (berhampiran pintu air Klebang),DSK Sungai Jeram (bersebelahan Stadium Hang Jebat) dan DSK Parit Besar (bersebelahan Universiti Islam Melaka).
"Ia bukan sahaja untuk memastikan sungai atau saliran itu dalam keadaan bersih,tetapi boleh digunakan oleh orang awam. Jadi ini dua dalam satu,ini bukan sahaja untuk trek jogingdan sebagainya,ini untuk memastikan saliran ini tidak berlaku banjir. Bila bersih tidak terhalangdan sebagainya. Jadi saliran itu lebih baik",katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Parit Besar sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Kuala Linggi di Masjid Tanah.
Mengulas lanjut katanya,pada tahun ini tiga lagi DSK dirancang akan dibina,namun ia bergantung pada peruntukan yang akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur