2025-01-06 HaiPress
Foto Hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Januari-Golongan berisiko tinggi jangkitan perlu diberi tumpuan khusus,susulan penularan'human metapneumovirus' (hMPV).
Pakar Perubatan Kesihatan Awam,Bahagian Kawalan Penyakit,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Dr Aznida Mohd Zaki berkata,virus itu boleh merebak melalui titisan cecair yang tercemar seperti influenza dan COVID-19.
"Secara umumnya,gejala ini akan berlangsung selama dua hingga lima hari,iaitu demam,batuk,selesema,sakit kepala,sesak nafas,atau nafas berbunyi.
"Gejala ini biasanya ringan pada individu yang sihat. Namun,bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak di bawah umur lima tahun,warga emas berumur 60 tahun ke atas,atau individu dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru,jantung,atau kencing manis,mereka berisiko mengalami jangkitan serius atau komplikasi seperti bronkitis dan pneumonia.
"Oleh itu,mereka perlu mengamalkan langkah kawalan pencegahan yang telah dilakukan semasa pandemik COVID-19,seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan.
"Jika terdapat gejala seperti batuk dan selesema,amalkan etika batuk yang betul," katanya di sini.
Beliau turut menegaskan bahawa majoriti pesakit yang dijangkiti akan pulih tanpa komplikasi serius.
Namun,individu berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan sekiranya gejala berterusan.
Jelas beliau,setakat ini tiada rawatan khusus mahupun vaksin bagi mencegah virus tersebut.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur