2025-01-06 IDOPRESS

FOTO JBPM PAHANG
JERANTUT,5 Januari- Operasi pencarian remaja yang dikuatiri lemas selepas terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang di Kampung Jerantut Feri,Jerantut; memasuki hari kedua.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria berkata,khidmat dua anjing pengesan,Grouse dan Lady turut digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki itu.
Menurutnya,operasi SAR hari ini dimulakan seawal pukul 7 pagi tadi turut disertai 41 anggota penyelamat pelbagai agensi,sambil dibantu 20 penduduk kampung.
Ia termasuk 20 anggota bomba,antaranya enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin,Temerloh.
Pasukan PPDA telah membuat selaman pada 9.20 pagi; manakala,pasukan K9 membuat pencarian mangsa dipermukaan bersama anjing pengesan.
Bagaimanapun,sehingga 1 tengah hari,mangsa,Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi,14 tahun,masih belum ditemui.
Semalam,mangsa yang sedang memancing bersama dua rakannya di rumah rakit tergelincir ke dalam sungai dan hilang dibawa arus.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur