2025-01-06 IDOPRESS

Bangunan warisan di Jalan Laksamana,Banda Hilir,Melaka
MASJID TANAH,5 Januari- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini sedang mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih sebuah premis kedai bangunan merah di Jalan Laksamana,Bandar Hilir yang mengalami kerosakan baru-baru ini.
Menurut Exco Kanan Negeri,Datuk Rais Yasin,ia bagi memastikan bangunan warisan berusia ratusan tahun itu terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.
"Jadi,insya-Allah kita akan pastikan bangunan itu kembali seperti biasa dan dapat diguna pakai untuk genarasi-generasi akan datang lihat. Tetapi kerjasama semua pihak saya harapkan.
"Kalau hendak bangunan merah ini kekal menjadi ikon negeri Melaka,pastikan kita sama-sama pelihara dan sokong Zon Bebas Kenderaan sekurang-kurangnya dalam tempoh yang kita lakukan sekarang",katanya.
Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan penting bagi memelihara bangunan warisan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Parit Besar sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Kuala Linggi di Masjid Tanah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur