2025-01-06 IDOPRESS

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RTM,Tarmimi Sahad
PETALING JAYA,5 Januari- Seramai 128 peserta memeriahkan Pertandingan Boling RTM 2025 di Sunway Pyramid.
Kejohanan yang memasuki edisi kedua merupakan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi RTM (KSRRTMA).
Pengerusi KSRRTMA,Tarmimi Sahad berkata,kejohanan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga RTM.
"Acara hari ini melibatkan 128 peserta,32 lane kita himpunkan ahli-ahli dan ahli bersekutu. Ahli bersekutu terdiri daripada ahli yang bersara dengan ahli-ahli bersekutu yang lain untuk sebagai permulaan pembuka tirai kepada kejohanan liga yang akan datang",katanya kepada pemberita di sini.
Ong Bowler dinobatkan sebagai juara Kejohanan Pertandingan Boling RTM 2025 yang sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.
Selain sukan boling,kelab juga merancang pelbagai acara sukan sepanjang tahun ini,termasuk badminton,bola sepak dan sepak takraw.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur