2025-01-06 IDOPRESS

Foto BERNAMA
IPOH,5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam,petang tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4.00 petang itu menyebabkan air Sungai Pinji mengalir laju dan pam air tidak berfungsi dengan baik di Jalan Salak,Kampung Sungai Rokam.
PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan kejadian itu mengakibatkan bahagian hadapan lima buah rumah berdekatan sungai berkenaan dinaiki air.
"Penduduk mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan ke tempat yang tinggi dan selamat," menurut kenyataan itu.
PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan paras Sungai Pinji semakin surut dan keadaan banjir terkawal.
Sementara itu,Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata kira-kira lapan buah rumah di Persiaran Cempaka Sari 11,Taman Cempaka dinaiki air akibat banjir kilat.
Beliau berkata hujan yang bermula kira-kira pukul 5.00 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan ketinggian air sekitar 0.6 meter (2 kaki).
Sabarodzi berkata keadaan terkawal pada pukul 5.53 petang dan air semakin surut.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur