2025-01-06 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 Januari- Firma penyelidikan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berkembang pada 4.8 peratus,berbanding 5.4 peratus tahun ini.
Ketua Penyelidikkan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan berkata,ramalan pertumbuhan itu didorong oleh faktor pemulihan ekonomi,dasar mesra pelabur dan peningkatan peluang pekerjaan.
"Pemulihan ekonomi global secara am telah menyokong pertumbuhan KDNK Malaysia iaitu mencapai sebanyak 5.2 peratus hingga 5.4 peratus untuk tahun 2024.
"Kedua,dasar kerajaan propelabur dan langkah-langkah mesra pelabur dalam Belanjawan 2024 serta kita lihat penyertaan aktif pelabur institusi daripada tempatan dan asing," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambahnya,peningkatan peluang pekerjaan dan kadar upah yang lebih tinggi dijangka terus merangsang permintaan barangan dan perkhidmatan pengguna.
Sementara itu,firma penyelidikan itu meramalkan,Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3 peratus sepanjang tahun hadapan.
Pengekalan akan mengalakkan aktiviti perniagaan dengan kos pinjaman sederhana,selain membantu menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang utama lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur