2025-01-08 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,7 Januari - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah memasang papan tanda LED Gajah di Jalan Raya K13,Empangan Pedu-Gubir,Sik,Kedah.
NRES menerusi kenyataan berkata,langkah itu sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan melibatkan hidupan liar.
"Papan tanda ini bukan sahaja memberi amaran tentang kehadiran hidupan liar,malah berfungsi sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya agar lebih peka dan bertanggungjawab ketika memandu," katanya.
Sehingga kini,dua unit papan tanda LED telah dipasang,dengan satu lagi terletak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran perkampungan Orang Asli Air Banun,Gerik,Perak.
Dalam perkembangan lain,NRES bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan lawatan pemantauan ke kawasan pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Rimba Teloi,Kedah,semalam.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).
Pegawai NRES bersama wakil NGO telah diberi taklimat oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah mengenai status projek pembangunan ladang hutan yang meliputi 13 kawasan seluas 4,085 hektar.
Bagaimanapun,kerja-kerja pembangunan di Kompartmen 66 dan 67 kini dihentikan sementara sehingga mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Kerajaan Negeri Kedah juga telah menghentikan kelulusan baharu bagi penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) sejak 2021,selaras dengan moratorium yang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara.
NRES menegaskan bahawa aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi memastikan pematuhan peraturan di kawasan HSK.
"Komitmen agensi kerajaan,NGO,dan masyarakat setempat adalah penting untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam," tambah kenyataan itu.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur