2025-01-08 HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,7 Januari – Malaysia berhasrat memperkasa rangka kerja tadbir urus telekomunikasi dan multimedia serantau sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menegaskan Malaysia bersedia menerajui perbincangan berkaitan inovasi digital,keselamatan siber dan akses teknologi yang saksama.
Katanya,usaha itu akan menjadikan ASEAN peneraju global dalam pendekatan beretika,inovatif,dan inklusif terhadap teknologi digital.
"Kepengerusian ASEAN memberikan peluang kepada Malaysia untuk memupuk peraturan seragam di seluruh rantau ini selain memastikan manfaat kemajuan teknologi dinikmati lebih 700 juta rakyat ASEAN serta menggalakkan tadbir urus telekomunikasi dan multimedia yang beretika. Langkah ini memastikan ASEAN kekal di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi global,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025) di ibu negara.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur