2025-01-08 HaiPress

Foto RTM
KANGAR,8 Januari - Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan ini,Yayasan Mr D.I.Y turut berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik di Perlis.
10 keluarga asnaf terpilih untuk menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Menurut Pengerusi Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) Mohd Effendy Harun,setiap perayaan yang disambut masyarakat berbilang kaum akan menjadi lebih bermakna sekiranya rezeki dapat berkongsi bersama-sama.
Perayaan ini bukan sahaja disambut dengan penuh kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan bersama keluarga serta jiran tertangga pelbagai kaum dan agama di seluruh Perlis dan sumbangan disalurkan mampu memberi keceriaan.
‘’Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yayasan D.I.Y yang turun ke Perlis dan memilih PVAC menjadi tuan rumah untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima sumbangan yang berbangsa Cina sempena sambut tahun baru ini.’’
‘’Jadi di kesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada MAIPs dan juga JKM yang sering kali membantu PVAC dalam menyalurkan sumbangan dan menyantuni asnaf yang berada di negeri Perlis ini.’’
Beliau memaklumkannya pada Program Sumbangan Tahun Baharu Cina Yayasan Mr D.I.Y dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Aktiviti PVAC.
Sambutan Tahun Baharu Cina saban tahun dilihat mampu memupuk perpaduan di negara ini kerana ia turut dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur