2025-01-08 HaiPress

Foto Facebook Muhammad Faiz Fadzil
PANTAI MERDEKA,8 Januari-Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu lebih ramai nelayan di negara ini untuk menceburi bidang akuakultur bagi meningkatkan bekalan hasil laut tempatan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Pengerusi LKIM,Muhammad Faiz Fadzil berkata,inisiatif itu selaras dengan sasaran kerajaan memastikan industri akuakultur tempatan menyumbang 40 peratus daripada bekalan ikan nasional menjelang tahun 2030.
Katanya usaha itu juga akan membantu kerajaan dalam menstabilkan harga makanan laut berikutan bekalan semakin meningkat.
"Nelayan tidak boleh bergantung kepada sumber laut dan perlu berkecimpung dalam bidang akuakultur. Kerana ia satu bidang yang menjanjikan pulangan yang baik.
"Kita usaha untuk mencapai agenda "Food Security" ataupun keterampilan makanan.
"Akuakultur merupakan bidang yang cukup penting dalam usaha kerajaan menghasilkan bekalan makanan laut yang cukup. tahun 2030 iaitu kira-kira 40 peratus",katanya demikian selepas melawat tapak projek sistem penternakan akuakultur spesies udang Vannamei yang juga dikenali sebagai Udang Putih Pasifik atau Udang Raja di Pantai Merdeka di sini.
Jelasnya,projek berkonsepkan sistem pintar yang lebih lestari atau dikenali sebagai Sustainable Smart Aqua Farming Systems (SAFS) diusahakan oleh syarikat swasta di tanah milik LKIM.
Projek seumpama itu akan diperluaskan di seluruh negara di kawasan tanah milik LKIM seperti di Bukit Malut Langkawi,Badong Pahang,Setiu,Terengganu dan lain-lain.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur