2025-01-08 HaiPress
Foto RTM
KANGAR,8 Januari- Sepanjang tahun 2024,Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama pelbagai agensi lain telah melaksanakan 36 program yang memberi impak besar kepada perkembangan pendidikan teknologi dan kecemerlangan pelajar.
Menerusi 36 program ini,lebih 3,000 peserta terlibat termasuklah dikalangan pelajar sekolah,pelajar IPTA,pensyarah dan guru serta penceramah berkemahiran tinggi.
Menurut Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin,Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin,setiap program yang dilaksanakan adalah selari dengan peranan FCoEE dalam membantu sistem pendidikan dengan memberi nilai tambah,menyokong pembentukan komuniti pendidikan Perlis yang mampan seiring dengan perubahan arus pendidikan perdana dan berteknologi.
Antara program berimpak tinggi yang dilaksanakan termasuklah memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi menyokong usaha Kementerian Pendidikan menjadikan pembelajaran A.I di sekolah menjelang 2027.
‘’Bagi mengukuhkan pengetahuan dalam teknologi dan penyelidikan serta tambahkan keterlihatan FCoEE di peringkat antarabangsa,FCoEE turut mengadakan kerjasama peringkat antarabangsa termasuklah bersama University Prince of Songkhla Thailand.’'
‘’Selain itu,bagi mendapatkan inspirasi dan memahami pendekatan pengajaran AI dan robotik,FCoEE turut bekerjasama dan mengadakan lawatan ke Pui Ching Middle School,Macau bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan kurikulum AI dan robotik yang boleh dipraktikkan kepada pelajar di Perlis",katanya di sini.
Sepanjang 2024 juga,FCoEE turut melaksanakan TVET Tahfiz Bersama ILP Kangar,Program AI Summer Camp,Simposium Pendidikan Eksklusif Era Digitalisasi,Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) dan menubuhkan Kelab AI dan Robotic Educational Club (AiRED).
Dalam usaha meningkatkan modul dan penyelesaian permasalahan serta peningkatan ekonomi asnaf,FCoEE turut menyediakan 53 geran penyelidikan bernilai lebih RM500,000 yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik di universiti awam atau mana-mana institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur