2025-01-08 IDOPRESS

Fahmi Fadzil/RTM
KUALA LUMPUR,7 Januari- Kerajaan serius menangani ancaman penipuan dalam talian melibatkan penyebaran video dan imej palsu dikenali sebagai 'deepfake' yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan antara usaha yang telah diambil adalah kelulusan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 199 pada Disember lalu.
"Jadi,daripada segi perundangan,kita telah bawa beberapa perkara (termasuk 'deepfake') ke Parlimen. Daripada segi kerjasama dengan platform-platform (dalam talian) juga berjalan lancar.
"Selepas ini,akan ada beberapa bengkel yang perlu dilakukan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan platform-platform berkenaan untuk melihat tindakan segera yang boleh diambil," katanya.
Dalam pada itu,Fahmi turut memaklumkan MCMC menerima permohonan untuk menurunkan sebanyak 4,699 kandungan dalam talian pada minggu pertama tahun ini.
Sebahagian besar kandungan tersebut berkaitan isu perjudian dalam talian termasuk permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sebanyak 4,699 kandungan telah dipohon untuk diturunkan sejak 1 Januari hingga hari ini,dengan 72% daripadanya berkaitan perjudian dalam talian dan 14% melibatkan penipuan," jelas beliau.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025) di ibu negara hari ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur