2025-01-08 IDOPRESS

Tiga rakyat tempatan didenda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas selepas mengaku bersalah memasuki Malaysia dari Thailand melalui laluan haram / Foto RTM
PASIR MAS,7 Januari – Tiga rakyat tempatan didenda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas selepas mengaku bersalah memasuki Malaysia dari Thailand melalui laluan haram.
Tertuduh,Lim Wu Han,34,serta pasangan suami isteri,Rajmidi Sahli,50 dan Nursyuhada Abdullah,29,membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.
Mengikut pertuduhan,mereka didapati memasuki Malaysia melalui Tebing Sungai Pengkalan Haram Jambu Rantau Panjang pada pukul 1.30 petang,3 Januari lalu.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 5(P) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155],yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama,membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hasil pemantauan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan Pengkalan Haram Jambu,anggota PGA mendapati ketiga-tiga tertuduh menaiki bot dari Thailand menuju ke tebing berkenaan.
Selepas turun dari bot,mereka terus menghampiri tebing terbabit sementara pemandu bot kembali ke pangkalan haram di Thailand.
Ketiga-tiga tertuduh,yang merupakan warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan sah,ditahan di lokasi kejadian.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin,yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tertuduh menggunakan laluan yang sah.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),Nabila Mohd Noordin merayu supaya hukuman minimum dikenakan kerana faktor ekonomi.
Lim bekerja sebagai pembantu kedai manakala Rajmidi bekerja sebagai penyelia tapak dan Nursyuhada tidak bekerja.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM4,000 dan sekiranya gagal,mereka akan dipenjara selama sebulan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur