2025-01-08 IDOPRESS

Ketua Pengarah LKIM,Hamdan Mamat (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan yang terjejas kebakaran di perumahan Tanjung Dawai baru-baru ini
SUNGAI PETANI,7 Januari - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan bantuan tunai segera berjumlah RM132,000 kepada mangsa kebakaran yang melibatkan 13 rumah di Tanjung Dawai,Sungai Petani,pada Ahad lalu.
Pengerusi LKIM,Muhammad Faiz Fadzil,berkata bantuan itu disalurkan menerusi Tabung Bencana Kebajikan Nelayan bagi meringankan beban nelayan yang terjejas akibat musibah tersebut.
“Ketika ini,penduduk yang terlibat ditempatkan di Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai dan ada yang menyewa di kawasan sekitar. Soal penggantian rumah akan disemak terlebih dahulu dari sudut bidang kuasa dan keupayaan kami untuk membantu mereka membina semula rumah,” katanya.
Beliau turut menjelaskan perumahan yang musnah telah diserahkan kepada LKIM oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA) bagi memastikan kedudukan undang-undang berkaitan.
Muhammad Faiz berkata demikian kepada RTM selepas melawat Projek Smart Aqua Farming System di Pantai Merdeka di sini,hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu,sebanyak 13 buah rumah musnah sepenuhnya akibat kebakaran,manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil. Insiden itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur