2025-01-08 IDOPRESS

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak Mazlan Zurin Zulkifli (tengah) bergambar bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Makmur (JPKK) selepas Majlis Perasmian Projek Sejati MADANI Ternakan Ikan Air Tawar dalam Kanvas di Kampung Makmur,Sungai Galah hari ini/Foto BERNAMA
TANJUNG TUALANG,7 Januari - Sebanyak 1,246 permohonan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) diterima di Perak bagi tahun 2024.
Daripada angka itu sebanyak 960 projek diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM96 juta.
Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri,Mazlan Zurin Zulkifli,berkata sambutan terhadap program itu sangat menggalakkan,dengan penglibatan aktif penghulu,Pejabat Daerah,dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam merancang projek yang sesuai untuk komuniti setempat.
"Di sinilah penghulu memainkan peranan kerana mereka memahami keadaan dan potensi ekonomi kawasan masing-masing. Terima kasih kepada penghulu,dan JPKK yang membantu merancang program sesuai dengan keperluan tempatan," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kanvas di Kampung Makmur,Sungai Galah,pagi tadi.
Projek yang dimulakan pada Oktober 2024 itu dilaksanakan oleh JPKK Kampung Makmur dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Salak.
Dalam pada itu,Pengerusi JPKK Kampung Makmur,Mohammad Fauzi Ahmad Shaharuddin berkata,sebanyak 33,000 benih ikan keli dan 20,000 benih ikan puyu diternak dalam 10 kolam kanvas khas.
"Setakat ini,kami utamakan permintaan masyarakat tempatan dengan harga lebih berpatutan. Permintaan dari luar pula akan dijual mengikut harga pasaran,tetapi penduduk diberi keistimewaan kerana pulangan projek ini adalah untuk mereka," katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur