2025-01-08 IDOPRESS
Penduduk Mukim Rong Chenok bina titi buluh sendiri bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir
PASIR MAS,7 Januari - Penduduk Mukim Rong Chenok di sini mengambil inisiatif membina titi sementara sepanjang 100 meter menggunakan buluh bagi menggantikan jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir pada 28 November lalu.
Imam muda Masjid Mukim Rong Chenok,Mohd Zahir Johari,berkata titi tersebut dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung sejak 3 Januari lalu dan kini 80 peratus siap.
"Tujuan utama titi sementara ini adalah untuk menyediakan laluan sementara,terutamanya bagi anak-anak ke sekolah dan guru yang mengajar di kawasan ini. Ia juga membantu penduduk menjalankan aktiviti harian tanpa perlu melalui jalan jauh," katanya ketika ditemui RTM.
Dari tinjauan RTM,titi itu dibina bagi merentasi sungai yang dipenuhi rumput tebal dan tidak sesuai dilalui kenderaan termasuk motosikal.
Buluh itu disumbangkan oleh penduduk perkampungan Siam secara percuma,demi kemudahan komuniti setempat.
Katan Zahir,apabila siap,titi tersebut dijangka memendekkan perjalanan yang sebelum ini mengambil masa sehingga satu jam untuk ke sekolah,kebun,dan klinik kesihatan.
Sementara itu,Penghulu Mukim Rong Chenok,Anwar Yahya,berkata pembinaan titi itu melibatkan penduduk dari pelbagai peringkat umur termasuk lelaki dan wanita.
"Walaupun titi ini membantu memudahkan perjalanan,ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka kerana titi ini hanya sesuai untuk laluan pejalan kaki. Kami berharap jambatan kekal dapat dibina segera demi keselamatan penduduk," katanya.
Jambatan yang merentasi Sungai Lemal itu menghubungkan Kampung Chandang,Kampung Joh,Kampung Pok Kelong,Kampung Rong Chenok,Kampung Banggol Kuching,Kampung Mahligai,Kampung Anak Machang,Kampung Hutan Petai,Kampung Jelor dan Kampung Sungai Keladi.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur