2025-01-09 HaiPress

FOTO HIASAN
KANGAR,8 Januari- Jumlah kumulatif kes demam denggi di Perlis bagi tempoh Januari hingga Disember 2024 menunjukkan penurunan berbanding tempoh yang sama tahun 2023.
Sepanjang tempoh itu,hanya 250 kes demam denggi dilaporkan berbanding 821 kes dengan 1 kematian dilaporkan bagi tahun 2023.
Menurut Exco Kesihatan Negeri,Marzita Mansor,bagi tahun 2024,mukim yang mempunyai bilangan kes denggi tertinggi ialah Sena dengan 40 kes,diikutiUtan Aji 35 kes,Kuala Perlis 27 kes dan Chuping dengan 26 kes.
Jelasnya,walaupun berlaku penurunan kes yang sangat ketara,Jabatan Kesihatan Negeri tetap mempergiatkan aktiviti kawalan dan pencegahan di seluruh Perlis.
"Manakala bagi tempoh 1 Janauri sehingga 4 Januari 2025,sebanyak 5 kes denggi dilaporkan berlaku melibatkan lokaliti Kampung Behor Mali,Kampung Padang Siding,Batu 2 ½ Jejawi dan UiTM Cawangan Perlis serta Felda Chuping.
"Dua kawasan turut dikenal pasti sebagai lokaliti wabak denggi aktif iaitu Blok 3 dan Blok 5 Felda Chuping," katanya.
Tambah Marzita,ketika ini Perlis telah memasuki fasa akhir Monsun Timur Laut di mana keadaan cuaca yang panas dan kering serta berangin sejuk pada sebelah malam.
"Berikutan perubahan cuaca ketika ini,masyarakat setempat khususnya yang berada di kawasan wabak aktif untuk sentiasa mengambil langkah pencegahan dan kawalan kendiri bagi memastikan kawasan masing-masing bebas daripada denggi," katanya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur