2025-01-09 HaiPress

FOTO JBPM KELANTAN
MACHANG,8 Januari- Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Batu 31,Jalan Machang,Machang Kelantan pagi tadi.
Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2,Ahmad Syauqi Afiq Che Darus berkata,pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.38 pagi sebelum tiba pukul 9.01 pagi.
Beliau berkata,setibanya di lokasi pihaknya mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan membabitkan lima orang mangsa.
Pihaknya melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam sebuah kenderaan dengan mengunakan Rescue Power Unit.
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis.
Manakala empat lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dihantar ke Hospital Machang akibat trauma.
Operasi ditamatkan pukul 9.09 pagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur