2025-01-09 HaiPress

FOTO RTM
PASIR MAS,8 Januari- Seramai 977 waris yang kehilangan anggota keluarga akibat pandemik COVID-19 menerima manafaat menerusi Bantuan Kasih di perkenal Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) di seluruh negara.
Pengerusi YKM,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif yang sudah digerakkan sejak 2022 itu membabitkan bantuan secara sekali beri dan bulanan melibatkan peruntukan sejumlah RM5 juta setahun.
Beliau berkata,bermula tahun ini,anak-anak yang berusia di bawah 16 tahun menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 manakala yang berusia lebih daripada itu sehingga 18 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama akan menerima bantuan sebanyak RM250 setiap bulan.
"Setakat ini masih lagi dengan dana yang dibantu kerajaan dan kita juga cuba mencari dana sampingan,sebab itu tahun lepas kita adakan Larian Keluarga Malaysia. Penerima ini selain anak yatim kita juga lihat pendapatan keluarga," katanya.
Mengulas lanjut,beliau berkata bantuan lain diperkenal termasuk Bantuan Persekolahan,Bantuan Menara Gading,Hadiah Kecemerlangan Akademik,Sumbangan Perayaan dan Bantuan Bencana serta Pengurusan.
Terdahulu,bekas perdana menteri itu hadir pada Program Ziarah Kasih terhadap keluarga Ahmad Hadzlimi Nordin di Kampung Bechah Palas,Bunut Susu,Pasir Mas.
Menurut beliau,pihaknya terus komited untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu terlibat yang kehilangan orang tersayang akibat Pandemik COVID-19.
Setakat ini pihaknya juga menerima lebih 1,000 permohonan baharu bawah bantuan sama di seluruh negara.
Di Kelantan sahaja,seramai 105 individu daripada 35 keluarga menerima bantuan terbabit.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur