2025-01-09 HaiPress
FOTO RTM
PUTRAJAYA,8 Januari- Jurucakap Kerajaan Perpaduan,Fahmi Fadzil,berkata beliau sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen tambahan yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya bawah tahanan rumah.
Beliau berkata,semua pihak mesti mengikut nasihat Jabatan Peguam Negara bagi mengelak perkara-perkara yang boleh menimbul prejudis terhadap prosiding mahkamah.
"Saya percaya perkara ini,oleh sebab ia melibatkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum Mahkamah Rayuan telah memutuskan supaya kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari Peguam Negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut," katanya.
Mahkamah Rayuan pada Isnin membenarkan permohonan Datuk Seri Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan dokumen tambahan yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman enam tahun penjara bawah tahanan rumah.
Keputusan itu dibuat secara majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim iaitu Datuk Azizah Nawawi,Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Susulan itu,panel hakim memerintahkan kes berkenaan diremitkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menentukan merit semakan kehakiman yang dimohon.
Artikel berkaitan :Najib dibenar mulakan semakan kehakiman prosiding Titah Adendum
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur