2025-01-09 HaiPress

Rundingan semula perjanjian bekalan air antara Malaysia dan Singapura menjadi peluang penting untuk kedua-dua negara memperbaharui persetujuan lama,dengan mengambil kira keadaan semasa / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,8 Januari – Rundingan semula perjanjian bekalan air antara Malaysia dan Singapura menjadi peluang penting untuk kedua-dua negara memperbaharui persetujuan lama,dengan mengambil kira keadaan semasa.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,UiTM Seremban,Dr. Mazlan Che Soh berpendapat langkah itu mampu membawa manfaat ekonomi yang signifikan kepada Malaysia,selain memperkukuh hubungan diplomatik dengan Singapura.
“Jika perkara ini dirundingkan dengan baik,ia akan memberi implikasi positif kepada kedua-dua negara. Perjanjian air 1962,yang akan tamat pada 2061,menetapkan kadar tiga sen bagi setiap seribu gelen. Kadar ini kini didapati amat rendah,dan Malaysia menuntut agar ia dikaji semula,” katanya.
Sementara itu,Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM,Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin menyifatkan rundingan ini sebagai perkembangan positif dalam menyelesaikan isu lama antara kedua-dua negara.
“Ini mencerminkan kepimpinan Madani yang membawa perubahan dan menjadi tanda aras baharu dalam menyelesaikan isu-isu penting negara,” katanya.
Menurut beliau,rundingan ini bukan sekadar untuk menyelesaikan perkara tertangguh,tetapi juga ujian keupayaan kedua-dua negara untuk mengutamakan masa depan demi kesejahteraan bersama.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur