2025-01-09 HaiPress

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching / Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Januari – Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dan Rangka Kerja Perlesenan Media Sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu,dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan keselamatan pengguna platform media sosial dari jenayah siber,kata Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching.
Dalam ucaptama semasa Penutupan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 di ibu negara,Teo menegaskan tahun lalu sahaja,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 63,625 kes kandungan media sosial berisiko tinggi,termasuk yang melibatkan kecerdasan buatan (AI).
Tambah Nie Ching,MCMC telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melancarkan ‘Ops Pedo Bersepadu’ untuk memerangi bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian (CSAM),sebagai sebahagian daripada usaha memerangi jenayah siber di Malaysia.
"Ini adalah tindakan tegas kami yang mencerminkan komitmen kami untuk melindungi masyarakat yang paling terdedah," katanya.
Persidangan IRC 2025 anjuran MCMC itu dihadiri oleh lebih 200 pemain industri serta pakar bidang kawal selia dari seluruh dunia.
Bertemakan “Leaping into the Quantum Frontier: Regulation and Innovation in the Tech Era”,persidangan tersebut menekankan pentingnya rangka kerja kawal selia keselamatan digital,terutama dalam persediaan Malaysia untuk menjadi Pengerusi ASEAN,tahun ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur