2025-01-09 HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun / RTM
SEREMBAN,8 Januari- Seramai 37,537 warga emas di Negeri Sembilan telah menerima manfaat daripada Inisiatif Bantuan Keceriaan Warga Emas bagi tahun 2024.
Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun,ia melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM7.5 juta.
Ujar beliau,pemberian insentif sama akan diteruskan pada tahun ini dan akan disalurkan sebelum sambutan hari kebesaran atau perayaan masing-masing.
"Untuk memudahkan mereka kali ini,mereka tidak lagi perlu mengisi borang atau atau buka n9.digital,kita terus bagi melalui Pusat Khidmat DUN," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Seremban.
Antara syarat dan kelayakan untuk menerima insentif itu adalah warga emas berusia 70 tahun dan ke atas dan berstatus pengundi di negeri berkenaan.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi N9 Digital dan penyerahan akan diuruskan serta diselaraskan oleh pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur