2025-01-09 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,8 Januari – Proses pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam dilaksanakan berteraskan prinsip meritokrasi dan kesaksamaan peluang.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata urusan pengambilan tersebut dilaksanakan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang diberi kuasa perundangan untuk melantik seseorang ke dalam perkhidmatan awam.
"Proses pengambilan ini bertujuan memastikan penyertaan yang adil daripada pelbagai kaum dalam sektor awam,selaras matlamat kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih inklusif serta pada masa sama memilih bakat terbaik dalam pelaksanaan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya menerusi kenyataan.
Katanya,dari tahun 2019 hingga 2023,sejumlah 44,559,514 permohonan diterima Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Daripada jumlah itu,pemohon berbangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 77.7 peratus,18 peratus bumiputera Sabah dan Sarawak,Orang Asli serta lain-lain etnik,tiga peratus daripada kaum India dan dua peratus daripada kaum Cina.
Wan Ahmad Dahlan turut memaklumkan,sehingga 31 Disember lalu,Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) merekodkan sebanyak 1,302,429 pegawai perkhidmatan awam sedang berkhidmat di pelbagai kementerian,jabatan,dan agensi,tidak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau turut menegaskan lantikan pegawai adalah selaras dengan prinsip kerajaan untuk memilih calon yang berkualiti bagi jawatan yang tersedia,berdasarkan kelayakan dan prestasi mereka dalam ujian serta temu duga.
"Kerajaan turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan sistem dan proses pengambilan pegawai perkhidmatan awam agar lebih efisien,telus,dan mudah diakses oleh semua lapisan rakyat," katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur