2025-01-09 HaiPress

Pengarah KPDN Kedah,Muhammad Nizam Jamaludin
KUBANG PASU,8 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 1,049 produk pencuci pakaian berjenama disyaki tiruan dalam serbuan di tiga pasar raya di daerah Alor Setar,Sungai Petani dan Baling.
Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata,serbuan bersama-sama wakil pemilik cap dagangan berdaftar dilakukan susulan aduan dan risikan yang dijalankan sejak September 2024 di sekitar Kedah.
Katanya siasatan awal mendapati ketiga-tiga pasar raya tersebut dipercayai mendapat bekalan dari sumber yang sama namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Serbuan yang telah dijalankan pada 7 Januari 2025 pukul 11.00 pagi itu menemui sejumlah cecair pencuci pakaian berjenama tiruan di stor dan rak jualan premis berkenaan. Pegawai serbuan telah menyita 1,049 botol cecair pencuci pakaian berjenama yang disyaki tiruan untuk tindakan lanjut," kata Nizam.
Beliau bercakap kepada media dalam sidang media di stor eksibit KPDN Kedah.
Nizam berkatabarang tiruan itu dipercayai dijual pada harga jauh lebih murah,iaitu sekitar RM18 berbanding produk asli yang berharga sekitar RM25.
Katanya terdapat beberapa perbezaan jelas antara produk tiruan dan asli iaitu fizikal dan bau. Kes disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur