2025-01-09 HaiPress

Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan rizab antarabangsa berjumlah AS$116.2 bilion pada penghujung 2024 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 Januari – Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan rizab antarabangsa berjumlah AS$116.2 bilion pada penghujung 2024,meningkat daripada AS$113.5 bilion yang dicatatkan pada akhir 2023.
Paras rizab setakat 31 Disember 2024 turut mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Rizab ini mencukupi untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Rizab tersebut terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$103.7 bilion,diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion,Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.9 bilion,emas AS$3.3 bilion dan aset rizab lain AS$2.5 bilion.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur