2025-01-09 HaiPress

Foto hiasan / RTM
KUALA LUMPUR,8 Januari-Pakej insentif cukai,ditawarkan Kerajaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
Menerusinya,syarikat yang membuat pelaburan baharu di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menikmati kadar cukai istimewa 5 peratus,sehingga tempoh 15 tahun.
Ia melibatkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang layak,seperti kecerdasan buatan (A-I),peralatan perubatan,aeroangkasa dan perkhidmatan hab global.
Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor dalam kenyataan bersama memaklumkan,kadar cukai korporat istimewa itu ditawarkan bermula 1 Januari lalu.
Insentif tambahan turut diperuntukkan untuk perniagaan yang beroperasi di kawasan utama di JSSEZ.
Selain,kadar cukai istimewa untuk pengambilan pekerja berpengetahuan sebanyak 15 peratus bagi tempoh 10 tahun.
Sementara itu,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pakej insentif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan hubungan manfaat bersama yang akan melonjakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.
Ia akan mempercepat kemasukan pelaburan berkualiti dalam sektor-sektor utama.
Seterusnya,mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi,dengan memanfaatkan kekuatan dan sinergi antara Johor dan Singapura.
Dalam perkembangan sama,Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi pula berkata,pakej insentif JS-SEZ,memberikan rangsangan untuk meningkatkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan global.
Jelasnya,Kerajaan negeri juga bersetuju memperkenalkan duti hiburan pada kadar yang lebih rendah.
Butiran lanjut mengenai insentif cukai dan kawasan utama di zon ekonomi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur