2025-01-09 IDOPRESS

FOTO FAIL
MERBOK,8 Januari - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menerima lebih 20,000 permohonan lesen nelayan pantai atau nelayan ZON A untuk diangkat kepada Jabatan Perikanan Malaysia bagi mendapatkan kelulusan.
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata,daripada jumlah itu setakat ini lebih 8,000 lesen nelayan pantai telah diluluskan.
Menurutnya,lesen berkenaan sebelum itu dibekukan dan dibuka semula pada tahun 2018 dengan agenda membolehkan anak-anak muda nelayan mempunyai pekerjaan dan pendapatan,sekali gus menampung keperluan dan keterjaminan makanan negara.
"Kita melihat kepada kekosongan yang ada dan keperluan yang perlu ada Zon A. Kita diperingkat LKIM cuba membantu dan Alhamdulillah menghargai Jabatan Perikanan yang meluluskan banyak lesen kepada nelayan," kata Faiz.
Beliau ditemui pemberita selepasprogram Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Kg Pengkalan Bujang,di sini.
Di Kedah terdapat 400 permohonan lesen nelayan pantai dan di kawasan nelayan Pengkalan Bujang terdapat 27 permohonan dengan tujuh daripadanya telah diluluskan.
Terdahulu,beliau menyampaikan bantuan “Touch Point” berupa 14 unit jaket keselamatan kepada nelayan dan menyampaikan Bantuan Bakul Makanan Harian kepad 20 keluarga nelayan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur