2025-01-09 IDOPRESS

FOTO FAIL
GUA MUSANG,8 Januari - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap dua ekor gajah jantan di kawasan kebun Kampung Pulai,di sini,semalam.
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata,operasi tersebut dilakukan susulan aduan yang diterima penduduk pada 1 Januari lalu.
Katanya,bertindak atas aduan tersebut seramai tujuh anggota dari Unit Tangkapan Gajah (UTG) Negeri Kelantan telah menjalankanpemantauan dan seterusnya menangkap mamalia berkenaan yang berkeliaran dan memusnahkan tanaman kebun di kampung tersebut.
"Tangkapan gajah liar itu sedikit sebanyak melegakan pendudukseterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik jajah berkenaan," kata Hafid menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata,operasi pemindahan dan pelepasan haiwan itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,Lanchang,Pahang.
"Tangkapan dan pemindahan gajah liar yang dilaksanakan bukanlah penyelesaian jangka Panjang memandangkan kawasan kebun berkenaan adalah berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Papan," katanya.
Katanya,populasi gajah liar di HSK itu dipercayai lebih 30 ekor dan pekebun-pekebun dinasihatkan mengambil langkah lebih efektif seperti pembinaan parit Gajah atau Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) bagi mengurangkan gangguan mamalia itu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur