2025-01-09 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto RTM
PUTRAJAYA,8 Januari – Kerajaan memandang serius kebajikan rakyat Palestin di Malaysia,terutamanya mereka yang memerlukan rawatan perubatan.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil memaklumkan usaha berterusan sedang dijalankan untuk menghantar pulang mereka ke negara asal bagi tujuan tersebut.
"Jemaah menteri hari ini dimaklumkan bahawa beberapa perbincangan koordinasi sedang dilakukan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk berhubung dengan kerajaan Mesir.
"Usaha menghantar pulang warga Palestin sedang berjalan,dan pada masa yang sama,segala perkhidmatan perubatan akan terus disediakan," katanya dalam sidang media mingguan,di sini.
Isnin lalu,Fahmi berkatainsiden kekecohan yang dicetuskan rakyat Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada Sabtu,akan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri,Rabu ini (hari ini) termasuk membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil kerajaan ekoran kejadian berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur