2025-01-09 IDOPRESS

Foto UMPSA
PAHANG,8 Januari - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat sejarah baharu apabila kumpulan pertama seramai 45 graduan program kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU) berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan rel.
Seramai 10 pelajar tamat pengajian dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik,20 pelajar (Kejuruteraan Mekanikal) dan 15 pelajar Kejuruteraan Awam.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),ProfesorTs Dr Aida Mustapha berkata,UMPSA merupakan universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program Ijazah dual yang membolehkan pelajar mengikuti pengajian selama dua tahun di UMPSA sebelum menyambung pengajian selama dua setengah tahun di BJTU,China.
Katanya,program itu juga berjaya mengadaptasi Work-based Learning (WBL) yang berteraskan industri dan memberi peluang pelajar menimba pengalaman industri di China.
"Kejayaan ini merupakan langkah signifikan ke arah melahirkan tenaga kerja mahir untuk menyokong pembangunan sektor rel di Malaysia,termasuk projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada tahun 2026," kata Dr Aida.
Pihaknya menghargai sokongan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Duta Besar China di Malaysia dan hasil kolaborasi dengan pihak BJTU.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2021 seramai 102 pelajar telah menyertai program tersebut yang memberi penekanan kepada pembangunan kepakaran berkaitan Teknologi Rel.
Majlis graduasi yang berlangsung di Beijing,China menyaksikan graduan menerima ijazah masing-masing daripada Secretary of the CPC Beijing Jiaotong University (BJTU),Chen Ziji dan Timbalan Presiden BJTU,Professor GAO Liang mewakili BJTU.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur