2025-01-09 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto Bernama
PUTRAJAYA,8 Januari – Keputusan META untuk menghentikan perkhidmatan semakan fakta dan beralih kepada konsep nota komuniti atau "community notes" tidak memberi kesan kepada pengguna di Malaysia,kata Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.
Menurut beliau,konsep nota komuniti adalah model sumber orang ramai yang menawarkan kelebihan dan kekurangan.
Namun,setakat ini,belum ada maklumat lanjut daripada META mengenai perubahan tersebut.
"Kita lihat ada pro dan kontra. Setakat ini,belum ada maklumat daripada META tetapi Insya Allah kita akan berhubung dengan META untuk mendapatkan maklumat tambahan.
"Saya tidak melihat ia akan mendatangkan apa-apa kesan kepada pasaran Malaysia,lebih kepada Amerika Syarikat," ujar Fahmi.
Dalam perkembangan lain,Fahmi mengumumkan bahawa WeChat,TikTok,dan Telegram kini merupakan penyedia platform media sosial yang telah memperoleh Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)).
Beberapa penyedia lain,termasuk Meta,masih dalam proses melengkapkan dokumen yang diperlukan dan dijangka akan selesai dalam masa terdekat.
Fahmi turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti jumlah pengguna LinkedIn di Malaysia dan menilai sama ada platform tersebut boleh dikategorikan sebagai media sosial.
Langkah itu bertujuan untuk memastikan pengawalan yang tepat bagi platform yang semakin popular dalam kalangan pengguna tempatan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur