2025-01-09 IDOPRESS

FOTO MAIPs
BANGKOK,8 Januari- Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengadakan pertemuan dengan Menteri Cularaja atau Syeikhul Islam Thailand,Syeikh Arun Boonchom Muhammad Jalaluddin Hussin di Masjid Kamalulislam,Khlong Sam Wa,Bangkok.
Beliau yang juga Chularatchamontri atau Chula Rajamontri ialah ketua hal ehwal Islam dan para penganutnya di Negara Thai selaku Mufti pemberi nasihat utama mengenai bidang agama kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan Thailand.
Pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs di Bangkok dan Ranong,Thailand.
Dalam ucapan alu-aluannya,Syeikh Arun memaklumkan pertemuan ini terus memperkukuhkan lagi hubungan baik antara negeri Perlis dan Thailand.
Beliau juga memaklumkan bahawa kebanyakan penduduk di kawasan sekitar masjid yang dikunjungi Tuanku Syed Faizuddin mempunyai hubungan sejarah yang berketurunan asal dari Perlis dan Kedah yang memperkuatkan lagi silatulrahim dan keakraban dengan masyarakat setempat.
Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada Masjid Kamalulislam sebanyak RM2,000 yang akan digunakan bagi sebarang aktiviti keagamaan dan mengimarahkan masjid tersebut.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur