2025-01-09 IDOPRESS

Foto Hiasan
SHAH ALAM,8 Januari – Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa,lelaki berusia 58 tahun mula menyertai skim pelaburan tersebut pada September lalu setelah tertarik dengan iklan yang dimuat naik di platform itu.
"Mangsa diarahkan oleh suspek untuk memuat turun satu aplikasi melalui Apple Store. Mangsa perlu memastikan amaun dalam akaunnya mencukupi untuk membeli unit saham yang diingini dan membuat transaksi mengikut arahan suspek," katanya menerusi kenyataan.
Menurut Hussein,mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak RM5,900,506.48 melalui 30 transaksi ke dalam lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024.
Mangsa mula menyedari dirinya tertipu apabila tidak menerima pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan dan akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada Selasa.
Susulan laporan itu,polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Hussein turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terhadap tawaran pelaburan melalui media sosial,terutamanya yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur