2025-01-10 HaiPress

FOTO HIASAN
KUANTAN,9 Januari- Seorang pemuda Orang Asli maut disondol babi hutan ketika berburu di kawasan Ladang Sawit Lombong Selinsing,Sungai Koyan,Lipis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lipis,Penguasan Polis (Supt) Ismail Man menerusi satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika mangsa,Johan Yok Boi,24,dari Pos Sinderut sedang berburu bersama empat rakannya.
"Mangsa telah mendekati seekor babi hutan dan melontarkan lembing ke arah haiwan itu.
"Bagaimanapun lembing itu tersasar,menyebabkan babi hutan berkenaan mengamuk dan mengejar mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit berdekatan," katanya.
Beliau berkata mangsa kemudian terjatuh dari pokok dan menyebabkannya diserang bertubi-tubi oleh haiwan itu hingga cedera parah pada bahagian paha.
Ismail berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan oleh rakannya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis.
Bagaimanapun,pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 5.55 petang.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat serangan haiwan liar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur