2025-01-10 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,9 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan lawatan itu diketuai Presiden DPIM Datuk Mohammad Sahar Mat Din dan membincangkan berkenaan cadangan berkaitan pembangunan ekonomi.
"Dalam pertemuan ini,kami sempat membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan.
"Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan," menurut hantaran itu.
DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur