2025-01-10 HaiPress

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani / BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Januari- Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini bagi merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi,yang dijadualkan pada 11 Januari.
PEOC; acara tahunan terulung untuk sektor minyak makan yang menghimpunkan pengeluar,peniaga,pembeli dan penggubal dasar dari seluruh rantau ini.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata persidangan itu bakal menjadi platform untuk meneroka perkembangan industri,membincangkan amalan mampan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam perdagangan minyak makan.
Datuk Seri Johari akan menyampaikan ucap tama pada majlis perasmian PEOC.
Sekali gus menekankan manfaat bersama dalam mempertingkat inovasi,kerjasama serta terus memperkukuh hubungan sedia terjalin dengan Pakistan.
Beliau juga dijangka bertemu Menteri Perusahaan dan Pengeluaran Pakistan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dan pemimpin perniagaan dalam industri minyak sawit.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur