2025-01-10 HaiPress

FOTO RTM
DARO,9 Januari- Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer akhirnya siap dan dibuka untuk digunakan orang ramai bermula hari ini.
Majlis pembukaan jambatan itu diadakan hari ini menandakan era baharu untuk penduduk di sekitar Pulau Bruit dan Daro yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan feri untuk menyeberang sungai.
Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak,Datuk Ir Aidel Lariwoo,jambatan bernilai hampir RM600 juta itu merupakan sebahagian daripada projek jalan raya pesisir dan jalan raya utama kedua Sarawak yang keseluruhannya bernilai hampir RM12 bilion.
Jelasnya,sebanyak 16 buah jambatan besar akan dibina serentak dalam inisiatif untuk meningkatkan sistem jalanraya di kawasan pesisir Sarawak.
“Langkah Sarawak menggunakaan dana alternatif untuk perlaksanaan projek-projek besar terbukti tepat dan memberi impak kepada rakyat.
“Kalau kita ikut kaedah konvensional mungkin belum dapat dibuat lagi,walaupun kita mempunyai pendapatan yang bertambah. Semakin tahun semakin bertambah banyak tetapi kaedah mempercepatkan pembinaan infrastruktur besar seperti ini adalah menggunakan dana alternatif,” katanya
Datuk Aidel juga menzahhirkan penghargaan kepada wakil rakyat di kawasan tersebut yang tidak berputus asa memperjuangkan permohonan pembinaan jambatan itu semenjak 10 tahun lepas.
Beliau turut meminta pihak JKR untuk menambah perkhidmatan feri di Batang Paloh dan Batang Igan bagi menampung pertambahan pengguna jalanraya memandangkan jambatan Muara Lassa sudah dibuka kepada umum.
Ketika ini,jambatan Batang Paloh dan Jambatan Igan juga sedang giat dibina yang dijangka siap hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur