2025-01-10 HaiPress

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Januari - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2024/2025 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula 13 Januari ini.
KPM menerusi kenyataan berkata,agihan kepada murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula dijadualkan bermula 16 Februari depan.
Manakala bagi murid Tingkatan 6 baharu,akan dilaksanakan bermula 1 Julai.
"Buat pertama kali,inisiatif ini turut diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6,menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan manfaat menyeluruh kepada pelbagai peringkat pendidikan.
"Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta bagi pembayaran BAP sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar) kepada lebih 5.2 juta murid," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Tambah kenyataan itu,agihan BAP akan dilakukan melalui beberapa kaedah,termasuk serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah atau ibu bapa/murid bagi sekolah menengah.
Selain itu,pengkreditan bayaran ke akaun bank murid atau ibu bapa akan dilaksanakan,dengan pengkreditan ke akaun bank ibu bapa bermula tahun 2025.
"Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan," menurut kenyataan tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur